Wednesday, December 1, 2010

Bagaimana Membenteras Pepijat

Dalam siri yang lalu (Klik di sini) kita dapat memahami di mana kawasan sembunyian pepijat. Keupayaan mengenal pasti kawasan persembunyian pepijat amat penting sebagai mana proses kawalan serangga perosak yang lain yang dimulakan dengan pemeriksaan.

Dalam aktiviti pemeriksaan kita dapat mengenal pasti kawasan mana yang terdapat lubuk persembunyian dan pembiakan dan seterusnya melakukan rawatan yang terperinci di kawasan tersebut.


Terdapat 2 bahagian yang berbeza yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan rawatan terhadap serangan pepijat.

  1. Kawasan di mana terdapat sentuhan secara lansung terhadap penghuni iaitu diri kita. Ini termasuklah tilam, bantal kusyen dan seumpamanya.
  2. Kawasan di mana tidak terdapat sentuhan lansung seperti bahagian struktur katil, celahan atau kerangka perabut, skirting bilik tidur, celahan lipatan karpet dan seumpamanya.
Cara terbaik dalam menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan racun semburan cecair ataupun debu. Kadangkala dalam kes-kes yang teruk, rawatan fumigasi menggunakan gas beracun ada dijalankan. 

Kebiasaannya rawatan menggunakan racun semburan cecair atau debu adalah lebih elok dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dalam pengendalian racun kawalan serangga perosak. Pengendali racun kawalan serangga perosak profesional mempunyai akses kepada racun yang berkesan dan sesuai dalam membunuh pepijat.

Umumnya orang awam tidak mempunyai akses dalam pembelian racun-racun tersebut. Lagipun racun seperti itu dijual dalam bentuk konsentrasi yang tinggi dan memerlukan pembancuhan terlebih dahulu sebelum dipakai. Elok kita serahkan urusan tersebut kepada ahlinya.

Dalam kes serangan yang tidak ketara, kita boleh melakukan sendiri rawatan serangan pepijat ini dengan menggunakan racun serangga aerosol yang terdapat dipasaraya. Anda boleh melihat pada label tin aerosol itu apakah bahan "Perawis Aktif" yang digunakan. Bahan seperti permethrin, resmethrin atau pyrethrins berkesan dalam membunuh pepijat.

Kebanyakan racun semburan aerosol tidak meninggalkan sisa pada kawasan yang di sembur, namun aerosol yang digunakan untuk lipas yang dijual di pasaraya meninggalkan sisa pada kawasan semburan, jadi pastikan anda tidak menyembur pada kawasan pertama yang dinyatakan diatas yang terdapat sentuhan diri kita secara lansung di rumah.

Anda boleh melihat dengan terperinci celahan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian yang sepertinya pada bantal, dan juga cadar. Jika terdapat pepijat anda boleh menyembur kawasan itu dengan kadar yang sedikit.

Tilam yang telah disembur perlu di keringkan dengan menjemur terlebih dahulu dan sarungkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan semula.

Seterusnya pada kawasan sekeliling berhampiran katil atau tempat rehat anda, lakukan peleriksaan dan semburan terutamanya pada rekahan celahan yang tersembunyi yang terdapat pada lantai, carpet, kerusi, perabut, kabinet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain-lain.

Kebiasaannya rawatan susulan selepas satu minggu adalah diperlukan. Ulang perkara yang sama di atas sekali lagi selepas seminggu. Insyallah sedikit sebanyak anda mampu menyelesaikan masalah pepijat di rumah anda. Jika masih tidak dapat menyelesaikan masalah setelah lebih dua kali dilakukan sendiri, eloklah anda hubungi syarikat perkhidmatan kawalan serangga perosak yang berlesen dengan segera.

9 comments:

  1. dulu dirumah lame saya ada pepijat..penyewa lama yg menjadi pembawa..so skang saya dh pindah umah bru sbb x thn kene ggit pepijat..pindah je umah bru terus beli tilam,bantal,selimut yg bru..baju2 lak sume hntar dobi..2 meja kayu saya jemur 2 minggu..minggu pertama ok tp msuk minggu ke 2 saya nmpk ade 1 binatang kecil mcm semut merayap2 di dinding..mkin lame mkin byk..saya try pki ridset binatang 2 sume mati..tp seminggu kemudian kelihatan lg..n di dinding saya ade lubang2 kecil..adakah binatang 2 adalah pepijat..bagaimana cara yg plg bberkesan utk mhapuskan?saya dh trauma kene gigit..tQ..

    ReplyDelete
  2. Intan,
    Kalau macam semut tu bukan pijat. Pijat tak duduk dalam lubang, mungkin semut tu

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pepijat rumah saya ada kat belah dinding ..siap ada bintik2 hitam kat dinding tu...critical ke bunyinya?
      sila balas kat email saya ..usop_fab@yahoo.com...

      Delete
  3. arghhh,hadapi masalah ini.sangat2 xsuka..punca,tilam housemate baru (tpi dia da kuar da pun!!)...ada dua tilam kena...dua2 da buang..skrg ne da sembur ridsect je yg mampu..da jemur gk...mcm kurang tpi ada lagi...camne nak buat ne?!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada banyak pepijat yang membiak dicelahan atau rekahan perabut atau dinding dan lain-lain. Dapatkan bantuan pest control untuk membuat pemeriksaan. TK

      Delete
  4. Xtao cmne nk hilang kan pijat nie... housemate bru tilam die pnuh dgan pijat... skrg tilam die dh buang... skrg pijat msok bilik sy plak... dh kmas vacum, moob,spray gne ridsect.. tpi still ade lgi...

    ReplyDelete
  5. wujud lagi tak nie.... nak minta tolong... rumah ibu saya diserang HAMA KUCING... anak saya alergic... habis badan kena gigit... bahagian dapur tak boleh masuk... asal melangkah kaki jer... hama kucing ni melompat gigit... dah dikuaritin kan dapur belakang... sebetulnya ada kucing liar beranak dalam stor sebelah dapur belakang... berikutan itu, dah sebulan lebih ada bau... dan kami semua xberani nak masuk... sejak itu ada hama kucing lepas anak sayang diserang alergic. Mohon bantuan dalam kadar segera.

    ReplyDelete
  6. Wujud lagi...sila SMS kepada saya 019-2260807 alamat rumah untuk saya hantar technician buat inspectian. TK

    ReplyDelete
  7. tumpang tanya..kalo ade binatang yg saiznye kecik cket dr semut. then die merayap2 kt dinding..itu pepijat ke

    ReplyDelete