Monday, April 14, 2014

Tips kawal semut

  Mohd Shubhi       Monday, April 14, 2014
Bagaimana nak bunuh semut
Tips kawal semut memang berguna untuk semua orang di negara kita. Semua orang tentu ada masalah semut di rumah mereka.

Cuma yang membezakan masalah antara satu dengan yang lain hanyalah samada besar atau kecil serangan semut di rumah kita.

Kalau jumlah semut hanya kecil sahaja, kita tak akan ambil kisah sangat. Jika sekali sekala semut mengganggu ketenteraman hidup kita, kita tak akan cuba berbuat sesuatu.

Tetapi jika jumlahnya besar, kehadirannya ketara sampai habis makanan kita dirosakkannya, habis anak-anak kita digigitnya, maka sudah tentu sesuatu mesti dilakukan.

Kenapa perlu kawal semut

Biasanya semut dianggap sebagai serangga atau makhluk perosak disebabkan oleh 3 perkara berikut:

  • Sebagaimana yang disebutkan di atas, kehadiran jumlah yang banyak semut di rumah kita boleh menggangu ketenteraman hidup. Bayangkan jika makanan yang dihidangkan di atas meja dalam masa yang singkat dipenuhi oleh semut-semut yang banyak. Kehadiran semut yang bergerak berulang alik dari makanan dapat menimbulkan rasa jengkel pada kita. Keadaan ini membuatkan kita rasa perlu kawal semut.
  • Ada spesis semut yang boleh membuatkan kita sakit jika digigit. Semut api contohnya amat merbahaya jika mereka menyerang mangsa dengan menggigit secara berkumpulan. Biasanya kanak-kanak lebih mudah menjadi mangsa kerana mereka masih belum banyak pengalaman mengenali bahaya serangan semut. Jika ini berlaku, kita perlu ada usaha kawal semut.
  • Semut yang tabiatnya merayau mencari makanan di segenap kawasan di rumah kita akan singgah pada semua tempat dan barang termasuklah makanan atau sumber makanan. Mereka akan merayap pada lantai-lantai kotor di serata tempat dan ini boleh menjadi penyebab berjangkitnya organisma patogen pada manusia. Oleh itu, semut mesti di kawal untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

Cara kawal semut

Kebiasaannya semut dikawal dengan 3 cara seperti dibawah:
  • Rawatan terus dengan racun serangga
  • Rawatan bersisa melalui racun serangga
  • Rawatan umpan

Kawal semut dengan semburan terus

Biasanya bila melihat semut ada banyak berkeliaran di sesuatu tempat, kita akan terus mengambil racun serangga dan menyembur secara terus pada semut-semut tersebut. Ini di namakan semburan secara terus yang biasa di amalkan oleh hampir kebanyakan orang.

Rawatan sebegitu sebenarnya tidak berkesan kerana ianya hanya akan membunuh sebilangan semut di kawasan itu sahaja. Ada ratusan ribu lagi semut yang datang dari koloni yang sama. Jika semut di situ mati, semut pekerja lain akan terus datang lagi untuk mencari makan.

Kawal semut dengan semburan bersisa

Jika kita menggunakan semburan racun bersisa pada kawasan yang biasa dilalui oleh semut, ianya adalah jauh lebih baik. Racun yang disembut akan kekal di kawasan semburan dengan bertykar menjadi seperti kristal yang apabila disentuh oleh semua yang melalui kawasan itu boleh membuatkan semut mati.

Tapi pastikan racun yang dipilih adalah dari jenis yang tidak dapat dikesan oleh semut. Racun jenis Piretroid mesti dielakkan. Biasanya racun yang tidak menghalau semut adalah daripada jenis Organofosfat.

Kawal semut dengan semburan terus pada sarang

Cara yang paling baik untuk kawal semut adalah dengan mencari punca atau kedudukan koloni semut tersebut. Kemahiran perlu ada dalam mengenali jenis semut dan mengagak di mana tempat mereka bersarang.

Apabila sarang pembiakan mereka dikenal pasti, maka barulah rawatan racun serangga dibuat di situ dan ianya dapat menghapuskan keseluruhan koloni semut yang ada di situ. Cara ini jauh lebih berkesan. Penghapusan populasi dapat dilakukan dengan pantas.

Kawal semut dengan umpan

Jika sarang tidak dapat ditemui, pilihan untuk menggunakan umpan adalah lebih sesuai. Tetapi jenis semut yang mahu dikawal mestilah dikenal pasti terlebih dulu.

Jika jenis semut dikenal pasti, umpan yang sesuai yang dapat menarik semut boleh digunakan. Bila semut menemui umpan yang telah dicampur dengan racun, umpan pepejal itu akan dibawa masuk ke sarang untuk dicairkan sebelum dikongsikan makanannya. Ini mampu membuatkan penghapusan koloni berlaku dengan lebih baik.

Umpan mesti diletakkan berdekatan sehampir mungkin dengan kawasan lalun semut yang mahu dikawal itu. Makanan lain dan juga sumber air lain mesti dielakkan daripada menjadi pesaing umpan yang kita letakkan di kawasan itu.

Kawal semut secara profesional

Jika anda ada masalah semut yang banyak dipremis atau kedai atau restoran, sila dapatkan khidmat profesional daripada syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak yang bertauliah. Dapatkan maklumat perhubungan di sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tips kawal semut

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment