Wednesday, February 26, 2014

Jenis semut biasa di Malaysia yang anda perlu tahu

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 26, 2014
Monomorium Pharaonis
Monomorium Pharaonis
Agaknya ada tak orang yang tak pernah tengok semut? tentu pelik kalau ada!. Tapi tak ramai yang kenal jenis semut yang biasa ada kat negara kita.

Kalau jenerasi yang tinggal dan membesar dikampung tentu dah biasa sangat dengan berbagai jenis semut yang ada samada di rumah ataupun di persekitaran kampung.

Tetapi kalau jenerasi yang lahir dan membesar di bandar, terutamanya yang tinggal dan membesar di apartmen atau kondo mewah, mungkin ramai yang yang tak berapa terdedah dengan berbagai jenis semut di negara kita.

Jom kenali jenis semut yang ada di negara kita

Semut adalah serangga social. Mereka tak boleh hidup secara individu sendiri-sendiri macam kera sumbang. Biasanya kalau ada semut sesat seekor melintas depan meja makan sudah pasti kena lenyet.

Terdapat kira-kira 10 ribu spesis semut di kenal pasti, tetapi hanya dalam lingkungan 40 spesis sahaja yan boleh dikategorikan sebagai serangga perosak dalam persekitaran manusia.

Di negara kita senarai serangga perosak yang paling tidak digemari dan menjana pendapatan besar pada syarikat-syarikat pest control adalah seperti berikut:

  1. Nyamuk
  2. Lipas
  3. Semut
Ini bermakna, semut menjadi serangga perosak paling penting dalam industri kawalan serangga perosak selepas nyamuk dan lipas.

Berikut saya perkenalkan jenis semut yang amat biasa berada di persekitaran rumah kita di Malaysia:

Semut Gatal

Siapa tak kenal semut gatal. Oleh kerana ramai sangat yang biasa dengan perkataan atau jenis semut gagal ini, apa saja semut yang merah dan gigit kita, akan dipanggil sebagai semut gatal.

Sebenarnya semut gatal hanyalah salah satu daripada jenis semut yang ada. Nama saitifiknya adalah Monomorium Pharaonis. Ia merupakan jenis semut kecil yang berbeza-beza warnanya. Warna semut gatal ini samada kekuningan atau perang kemerah-merahan.

Semut gatal ada di seluruh Malaysia dan juga di persekitaran bandar-bandar di negara kita. Koloninya berserakan dan berpecah-pecah di berbagai struktur bangunan. Biasanya semut gatal bersarang di dalam bangunan di belakang dinding, dalam perabot atau di luar bangunan sekitar taman.

Semut gatal mempunyai jenis makanan yang pelbagai termasuklah makanan yang bergula seperti kek, jus minuman dan gula-gula. Semut gatal juga makan makanan berprotein seperti susu tepung. Mereka juga makan makanan berlemak seperti daging, minyak dan juga serangga lain. sumber gambar

Semut berkepala besar

Nama saintifik bagi semut ini adalah Pheidole Megacephala. Semut jenis ini boleh ditemui di dalam rumah-rumah disekitar bandar dan juga pinggiran bandar di negara kita.

Biasanya kita akan dapat lihat dua jenis pekerja dalam koloni semut ini. Ada yang bersaiz kecil dan ada juga yang bersaiz besar. Semut pekerja yang bersaiz besar amat ketara saiz kepalanya berbanding yang bersaiz kecil.

Makanan semut berkepala besar ini adalah makanan yang berlemak seperti daging dan juga lemak minyak. Sebab itu jika kita membiarkan lemak daging melekat pada longkang, semut berkepala besar ini akan mula kelihatan mencari makanan di situ.

Tabiat pemakanannya juga membuatkan kita sering berjumpa semut jenis ini di sekitar dapur. Warnanya adalah antara kuning kemerahan kepada perang muda.

Semut mayat

Ini juga salah satu semut yang terkenal yang biasa kita temui di negara kita. Untuk mengetahui semut jenis ini, kita hanya perlu melenyet saja badan semut tersebut dan ia akan menghasilkan bau yang busuk.

Nama saintifiknya adalah Tapinoma Melanocephalum. Sarang semut mayat boleh ditemui samada di dalam bangunan atau di luar bangunan atas tanah. Jika dalam bangunan, sarangnya ada di celahan atau rekahan batu. Jika di luar bangunan pula sarangnya akan ditemui di bawah batu atau permukaan papan yang bertindih.

Semut mayat suka pada persekitaran yang lembab. Sebab itu ianya biasa ditemui di sekitar sinki dan dapur yang lembab. Makanannya pula adalah dari jenis makanan yang berasaskan gula.

Semut gila

Nama saintifiknya adalah Paratrechina Longicornis. Namanya memang agak kelakar. Tetapi jika anda melihatnya, mungkin anda akan membenarkan namanya itu kerana cara jalannya yang tak teratur dan tidak menentu.

Kakinya panjang dan sesunggutnya juga panjang. Anda boleh saja menemuinya samada di persekitaran kering atau basah, samada di dalam atau di luar bangunan. Semut gila makan hampir saja seperti yang bergula, jem, buah, serangga yang mati atau makanan-makanan lain di rumah kita.

Semut api
Semut api dipanggil Solenopsis spp. dalam bahasa saintifiknya. Semut api suka menimbun tanah. Ini salah satu ciri-ciri ketara yang memudahkan kita untuk mengenalinya. Timbunan tanah yang dibuatnya berbeza-beza dan berbentuk seperti kawah.

Biasanya di bawah kawah timbunan tanah itu akan ada jaringan lorong yang membawa kepada sarang koloni besarnya. Ia amat agresif dan bertindak menggigit serta menyengat pengacau yang cuba mengganggu mereka. Samada manusia atau haiwan, apa saja yang menghampiri sarang mereka akan diserang.

Lain-lain jenis semut

Selain daripada jenis semut yang saya senaraikan di atas, ada lagi beberapa jenis semut yang biasa di negara kita, ianya termasuklah:
  1. Semut madu kecil
  2. Semut penenun
  3. Semut gila merah
  4. Semut rambutan
  5. Semut api tropika
  6. Semut pencuri
  7. Semut akrobat
Nota: Jika anda ada masalah semut di rumah dan memerlukan kawalan secara profesional dari syarikat pest control yang bertaulah dan berlesen, sila hubungi En. Riduan 016-2060 136


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jenis semut biasa di Malaysia yang anda perlu tahu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment