Saturday, April 7, 2012

Bagaimana mengawal serangga perosak buku di rumah kita

  Mohd Shubhi       Saturday, April 7, 2012

  • Tentu ada daripada kita yang ada menyediakan bilik atau ruang dirumah untuk menyimpan koleksi buku-buku yang telah dibeli sebagai perpustakaan kecil.
  • Bagi mereka yang ada mempunyai perpustakaan seperti itu dirumah, anda tentu berminat untuk mengetahui apakah serangga dan makhluk perosak yang menjadi musuh kepada koleksi buku-buku anda. Berikut disenaraikan beberapa serangga dan makhluk perosak yang mampu memusnahkan koleksi buku-buku yang kita ada:
    • Silverfish dan Firebrat atau dalam Bahasa Malaysia kita panggil gegat atau ngengat. Serangga kecil ini juga boleh merosakkan pakaian, carpet, kertas dinding, gambar, gula, kopi dan juga bahan kulit.
    • Lipas juga menjadikan gam ikatan pada buku sebagai makanan mereka. Lipas juga adakalanya merosakkan kertas dinding, envelop dan juga langsir.
    • Anai-anai tidak perlu diterangkan lagi akan keupayaan mereka merosakkan semua koleksi buku yang anda ada.
    • Kutu Buku atau Kutu Batang atau Lalat Batang. Dalam bahasa saintifiknya di panggil Psokoptera menjadikan gam pada ikatan buku-buku sebagai makanan mereka. Oleh itu ia juga merupakan serangga perosak buku.
  • Bagaimana mengawalnya:
    • Pastikan kawasan simpanan buku anda sentiasa berada di dalam keadaan kering. Abda boleh lakukan ini dengan:
      • Letakkan Dehumidifier
      • Letakkan gel silica
      • Letakkan Kalsium Karbonat Kontang.
      • Jangan ada takungan air di kawasan tersebut.
      • Jangan ada sebarang kebocoran paip di kawasan tersebut.
      • Pasang alat pengudaraan dipasang di dalam kawasan tersebut.
    • Sentiasa memvakum kawasan simpanan buku terutamanya pada semua tempat yang ada rekahan dan juga di celah-celah rak buku, perabot serta ditepi-tepi dinding.
    • Jangan ada lansung sisa-sisa makanan di sekitar kawasan tersebut dan kalau boleh jadikan ia kawasan larangan makan. Jika ada juga simpanan makanan di situ pastikan ianya bertutup rapat dengan bekas kedap udara.
    • Anda boleh memasang perangkap untuk memerangkap serangga-serangga ini dengan menggunakan gelas kecil yang dilekatkan pita 'masking' agar kutu buku boleh memanjat naik. Tegakkan sahaja gelas kecil itu pada kawasan yang banyak ulat buku.
    • Perangkap gam lipas juga boleh digunakan bagi memerangkap gegat yang ada di sekitar kawasan buku.
    • Hapuskan pusat pembiakan gegat dengan menutup segala rekahan yang ada pada pintu, kabinet, atau rak buku. Segala celahan tersebut boleh dimeteraikan dengan bahan-bahan seperti silica gel yang boleh didapati di kedai hardware.
    • Kawasan persekitaran luar rumah yang bersih daripada timbunan sampah daun boleh mengelakkan serangan gegat yang datang dari luar.
    • Terangkan kawasan tersebut dengan pencahayaan yang cukup terang. Kawasan yang terang benderang tidak disukai oleh gegat.
    • Sentiasa periksa kalau-kalau ada bahan-bahan buku atau akhbar yang lembab dan berkulat. Jika ada keringkan dengan segera. Jika tidak digunakan elok buang saja segala bahan yang berkulat. Ini mampu mengelakkan serangan gegat di kawasan tersebut.
    • Selain daripada semua yang tersebut di atas, pengawalan gegat dengan menggunakan bahan kimia juga perlu di adakan. Untuk menghapuskan gegat yang telah menyerang buku, anda perlu gunakan bahan yang kering. Ubat gegat boleh digunakan sebagai bahan membunuh gegat.
    • Semburan bersisa juga perlu dilakukan pada sekitar kawasan simpanan buku seperti bucu antara dinding dan lantai juga celahan kaki rak buku.
  • Pastikan anda menggunakan khidmat syarikat Pest Control yang bertauliah dalam melakukan kawalan gegat dengan bahan kimia.
  • Untuk bahan-bahan bacaan yang terlalu lama, biasanya kerosakan teruk berlaku didalam buku dan adakalanya buku-buku lama tersebut menjadi pusat pembiakan segala serangga gegat.
  • Bagi menghapuskan masalah ini dengan pantas dan berkesan adalah dengan menggunakan gas yang dinamakan fumigan.
  • Walau bagaimanapun hanya mereka yang berlesen sebagai fumigator sahaja yang boleh melakukan rawatan yang disebutkan. Anda boleh menghubungi syarikat-syarikat yang bertauliah seperti Pest Sciences untuk melakukan rawatan secara fumigasi atau hubungi fumigator bertauliah, En Imran 016-2062576 untuk maklumat lanjut.



[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ] [PestSciences provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-2260807 to get rid of your pest problems or email us at info@pestsciences.com]
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana mengawal serangga perosak buku di rumah kita

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Nak tanya..ada sejenis ulat yg melekap di dinding. Sekali imbas mcm kuaci.

    Puas fikir apa punca kehadiran ulat tersebut.

    En imran boleh bantu? Jika masih buat pest control, saya ingin dapatkan anggaran harga.

    No tel saya 0173069707

    ReplyDelete