Tuesday, November 8, 2011

Premise 200 SC
Bagi mereka yang mempunyai masalah serangan anai-anai di rumah mereka kebiasannya akan memanggil syarikat Pest Control berdekatan bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi mereka yang mahu membina sebuah rumah atau bangunan baru juga kebiasaannya dan sepatutnya perlu mendapatkan khidmat syarikat Pest Control untuk melakukan rawatan kawalan anai-anai yang kita panggil "pre-construction anti termite treatment".

Salah satu cara yang biasa orang lakukan untuk merawat atau mencegah serangan anai-anai adalah dengan cara semburan bahan kimia atau semburan racun anai-anai pada tanah di tapak bangunan.

Untuk rumah yang belum dibina, proses semburan racun ani-anai adalah lebih mudah di mana keseluruhan kawasan tapak di mana bagunan akan didirikan akan di sembur dengan racun anai-anai mengikut spesifikasi yang telah disediakan oleh pengeluar racun.


Agenda 10 SC
Untuk rumah yang telah siap pula prosesnya lebih rumit sedikit kerana lantai rumah terpaksa ditebuk lubang terlebih dahulu di sekeliling rumah. Jarak antara 2 lubang adalah antara 1.5 ke 2 kaki dan lubang ditebuk berhampiran dinding rumah dalam jarak lebih kurang 6 inci. Selepas itu bahan kimia akan dipam masuk sebanyak 5 liter bagi setiap lubang.

Kesemua yang disebutkan di atas sudah menjadi perkara biasa yang ramai orang telah mengetahuinya. Yang menjadi persoalan sekarang adalah berapa tahunkah jaminan bebas anai-anai yang sepatutnya diperolehi oleh tuan punya bangunan setelah kesemaua rawatan tersebut dilakukan.

Untuk pegengetahuan semua, mengikut panduan daripada Persatuan Makhluk Perosak Malaysia, jaminan anai-anai yang betul untuk rawatan anai-anai rumah yang belum didirikan adalah 2 tahun. Untuk rumah yang telah siap dan lubang ditebuk untuk dimasukkan racun, tempoh jaminannya hanyalah satu tahun sahaja.

Tentu ramai yang terkejut kenapa terlalu pendek tempoh jaminan yang diberikan sedangkan dahulu ada syarikat yang memberikan tempoh jaminan sampai 20 tahun. Jawapannya ialah pada masa dahulu racun yang digunakan adalah amat kuat ikatannya dengan tanah yang membolehkannya kekal selama lebih dari 20 tahun di bawah tapak bangunan rumah kita.

Malangnya racun tersebut kesemuanya telah diharamkan di seluruh dunia kerana kesan bahayanya terlalu tinggi kepada alam sekitar. Racun-racun baru yang lebih mesra alam sekitar telah dibuat tetapi tempoh racun tersebut kekal menjadi lebih pendek sebelum ia terurai di dalam tanah.

Ada juga pengeluar racun yang mendakwa racun mereka mampu bertahan dibawah rumah kita selama lebih daripada 5 tahun. Bagi syarikat yang menggunakan racun tersebut kebiasannya akan memberikan tempoh jaminan selama 5 tahun. Tetapi kita perlulah benar-benar perhatikan racun apakah yang mereka gunakan. Antara racun yang biasa untuk tempoh jaminan dalam 5 tahun adalah racun keluaran Bayer yang dipanggil Premise 200 SC ataupun Agenda 10 SC

Walau apapun keberkesanan rawatan yang dilakukan banyak bergantung kepada syarikat yang melakukan rawatan pada rumah. Kemahiran mengenal pasti kawasan yang perlu ditebuk dan disiplin mereka membancuh dan memasukkan racun di dalam tanah mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh pengeluar racun amat penting untuk keberkesanan rawatan.

Selepas ini kita akan mebincangkan apakah yang dimaksudkan dengan tempoh jaminan dan apakah hak-hak pengguna terhadap tempoh jaminan yang telah diberikan.

[Iklan:] [ "PestSciences menyediakan khidmat 'Pest Control' secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. PestSciences juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma kepada mereka yang risau kalau-kalau premis mereka sedang diserang anai-anai. Hubungi 019-226 0807 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma atau email ke info@pestsciences.com " ]

0 comments:

Post a Comment