Saturday, June 25, 2011

Memelihara Hutan Dari Serangan Rama-Rama Gypsy Dengan Menggunakan Plastik

  Mohd Shubhi       Saturday, June 25, 2011
Ulat bulu Rama-Rama Gypsy
Gypsy Moth atau jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia bermakna Rama-Rama Gypsy menjadikan daun sebagai makanan utama mereka terutamanya daun pokok oak. Serangan larva rama-rama jensi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan hutan kayu yang mati akibat jumlah daun yang gondol dimakan.

Untuk mengawal pembiakan rama-rama gypsy ini dari merebak dengan jumlah yang banyak pihak bertanggung jawab di Iowa Amerika menggunakan serpihan plastik kecil yang dirawat dengan bahan kimia berupa pheromone rama-rama gypsy betina.

Dengan bertaburan serpihan bahan palstik kecil mengandungi pheromone tersebut menyebabkan rama-rama jantan terkeliru dan menjadi sukar untuk mereka menemui rama-rama betina bagi proses pembiakan. Seterusnya ini akan membantut pembiakan mereka.

Proses tebaran serpihan plastik kecil ini dilakukan dengan menggunakan kapal terbang di mana ia ditabur dari udara ke seluruh kawasan hutan yang mahu dirawat dari serangan rama-rama tersebut.

Baca beritanya di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Memelihara Hutan Dari Serangan Rama-Rama Gypsy Dengan Menggunakan Plastik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment